Saturday, 14 January 2012

My EldEr BroTher :D

Assalamualaikum. rasanya sudah lama x post kat blog aku nih... alhmdulillah masih lg berkesempatan untuk post yg bru.... syukur kehadrat Illahi kerana dgn limpah kurnianya aku masih lg disini..hmmm, ok berbalik kpd ape yg aku nk smpaikn... tajuknyer 'My Elder Brother'...sebenar-benarnya aku ada 6 adik beradik , 1st abg aku MUHAMMAD RIZAL (31thn), 2nd NURHADZZREN (29thn), 3rd NURHADZZEA (26thn), 4th NURAKMAR (24thn), 5th aku (20thn) n las sekali adik laki aku MUHAMMAD RAFIE (13 thn)...tp skang yg tggl hanyalah 5 sahaja dimana ABANG ku telah pun pergi menyeru seruan ILLAHI pada usianya 15thn., dye mnggal disebabkn kemalangan jln raya pd 20 ramadhan , kalo x silap thn 1996 n time tu aku bru lah 4thn.. aku igt lg, mak aku mengambil upah untuk membuat kuih..hmmmm kuih ape ek??? kalo x silap kuih deram atau ada gak yg pggl kuih telinga kel**g.. mak aku meminta abg aku untuk menhntr kuih yg sudah siap di buat ke rumah org yg menempah.. pada waktu itu pun aku kecik lg, dan aku pun merengek2 la nk ikut abg aku untuk anta kuih..tp abg aku x bg, suh duk rumah jer... then lebih kurg 30 minit lepas tu, mber dye dtg umh aku, menyampaikn berita yg mengatakn abng aku excident, dan lokasi kejadian x jauh pun dr rumah aku.. time tu semuanya kelam kabut untuk pergi ke tmpat kejadian...abg aku dibawa pulang ke rumah, pd waktu tu dye masih lg sedarkn diri dan masih bole berjalan...jika dilihat keadaan dye dr luaran mmg xnmpk truk sgt la... then ayh aku trus anta abg aku ke hospital untuk pemeriksaan lanjut..abg aku trus di masukkn ke wad ICU kerana KOMA, dan doktor mengesahkn terdpt pendarahan di dalam kepala abg aku...pd waktu tu aku lihat mak aku tidak lg berdaya untuk berdiri lg..kelihatan lemah gilerr apabila mndgr dr mulut doktor tersebut.. pd waktu tu aku masih lg isap susu mak aku even umor aku dah 4 thn.. mmg agak pelik tp tu lah kenyataan nyer..so, setiap kali mak aku n ayh aku ke hospital pasti akn bawa aku sekali sbb time  tu akulah yg bongsu dan agk manja la KOT..  n sambil mak aku bacakn yasin ke telinga abg aku, aku pun sama sibuk merengek nk susu..mmg agk x berhati perut la aku waktu tu, tp nk wat cm ne, aku kn kecik lg, x mengerti ape2... abg aku KOMA selama smggu lebih iaitu dr 20 ramadhan smpai la 3o ramadhan... abg aku disahkn meninggal dunia pd mlm raya sewaktu umat islam sedang bergembira n berseronok mnyambut ketibaa hari lebaran.. arwah abg aku di kebumikn pada pg hari raya pertama.. emak aku even nmpk tabah dgn dugaan ni, tp tetap jugak pengsan apabila jenazah di bawa keluar dr rumah aku, mungkin naluri seorg ibu tidak dpt disangkal lg.. mungkin betapa sedih nye emak aku sbb ini ada lah ank pertama dan juga harapan keluarga.. tp semuanya hilang sekelip mata pada waktu kami semua memerlukn dye... walaubagaimanapun, ALLAH lebih syg kn dye.. aku redha dgn ketentuanNya.. so, sekarang dlm family, kiranya aku lah ABG long, dan aku jugak lah harapan keluarga kerana akk2 aku semuanya dah kahwin n dah ada keluarga sendiri.. tggl lah aku dgn adik lelaki aku... aku harap sgt aku dpt mengembirakan hati mak n ayh aku... walaupun arwah abg dah pergi wat selama-lamanya.. insyallah aku akn mggantikn tmpt nya dlm hati mak ayh aku...INSYALLAH :) AL-FATIHAH buat arwah :(                                                   ikhlas drpd TENGKU HARIS :D

Monday, 9 January 2012

AkauN 3 DiHatiKu

Asslamualaikum.. sudah agak lama aku x post kat blog nih, kesian plak kat stalker2 sejati aku nti..HAHA.. ni aku nk citer psal budak praktikum=kelas aku mse kat KMJ (kolej matrikulasi johor) dulu... dalam kelas aku merupakn ketua praktikum n dibantu penolong aku iaitu fazlina...

                                                                      

dalam kelas aku hanya ada 4 org arjuna sahaja termasuk aku... n selebihnya adalah pmuan..kiteorg mmg rapat giler la kn





...aku masih igt lagi , kalo dah abis kelas pkul 4, kiteorg akn g bilik untuk kacau lecturer2 ksygn kiteorg, antaranya  en andy, miss dayah, miss azliza n yg paling kiteorg syg giler2 ada lah miss chndra dan skang telah pun bergelar madam... tahniah madam :D







 ..haaa...berbalik kepd citer aku ni, budak kelas aku ni bole d katakn kepala semua giler2 n aku mmg rasa bertuah giler sbb dpt msuk kelas tu... mungkin aku bole citerkn antara kengn2 yg bole mnunjukkn betapa akrab nyer kiteorg...ok antaranya kiteorg semua outing n overnight kat melaka untuk 1 mlm...mlm tu kiteorg karok, mkn, jln2, tgok midnight movie..mmmg gilerr kalo mak aku taw..hahha..

















haaaa...praktikum aku jugak di anugerahkn praktikum cemerlang keseluruhan.. huhu..



              sebelum habis sem2 kiteorg buat BBQ dan jemput lecturer2 kiteorg.... :D


 

ape2 pun aku rindu korg semua wehhhhh.... :( gdluck kwan2... :D

ikhlas drpd TEnGku HariS :D

Saturday, 7 January 2012

kAsih SeorAnG BapA

Asslamualaikum.. sebenarnya dah lama aku nk post berkaitan pengorbnan seorg yg bergelar bapa nih.. cuma xde kesemptn masa jer, tp hari ni mmg tepat pada waktu nya.. semoga korg enjoy baca ni n pada masa yg sama mempunyai kesedaran sblum terlmbt.. SELAMAT YER SEMUA :D


"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.

Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.....

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"

"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.

"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.....

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,

Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.

Thariq,

Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.

Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.

Ikhlas,

Ayah.

Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.

.....

Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.

Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.

Muka Thariq berubah.

"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

.....

Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis air mata mengalir ke pipinya.

"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari. ikhlas drpd TEnGku HariS :D


                     My BeLovEd <3 FaTher :D

TenGku HaRis SelaManya: NiLaI SeoRang SaHaBat bg DiriKu

TenGku HaRis SelaManya: NiLaI SeoRang SaHaBat bg DiriKu

NiLaI SeoRang SaHaBat bg DiriKu


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
sahabat.. selama aku berjalan di laluan ini..
tak pernah sekali pun DIA hadirkan seseorang sepertimu..
seseorang yang mampu meluluhkan air mataku..
seseorang yang bisa melembutkan kerasnya batu hatiku..
dan seseorang yang mambuatku jatuh cinta pada dia yang satu..

sahabat.. saat kau hadir, 
aku sudahpun separuh perjalanan menuju nya..
dan selama aku berjalan, aku sering alpa dan lalai dengan dugaan nya..
banyak persinggahan yang aku lalui..
banyak tempat yang aku singgahi..
tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengingati ku tentang mati..
tetapi dengan kehadiranmu, kau mengingatkan aku..
kau memimpin aku bersamamu..
bersama menuju dia yang satu..
wahai sahabat dunia akhirat ku..
mungkin kau bukan seperti aku..
yang melihat sahabat umpama diriku..
dan mungkin kau pelik dengan sikapku terhadapmu..
kerana menyintaimu melebihi aku menyintai diriku..
tetapi aku mahu kau tahu, itu lah aku..
menyintai sahabatku melebihi aku menyintai diriku..
dan aku akan selalu begitu..

sahabat.. selama perjalan kita bersama ini..
aku banyak terluka dengan sikapmu..
aku banyak menangis karena dirimu..
kau sering melupakan aku..
kau sering mencari sinar tanpa aku disisimu..
dan aku sering mengadu pada TUHANKU..
mengadu akan segala rintihan di kalbu ku..
dan semakin aku mengadu, semakin aku tahu..
DIA mengujiku melaluimu..
demi untuk melihatku kembali kepada DIA yang satu..
sahabat.. mungkin selama aku mengenalimu..
aku tidak pernah mengucapkan aku sayang padamu..
mungkin selama kita mengikat perjanjian silaturrahim ini, aku sering menyakitimu..
maafkan aku sahabat.. aku juga hambanya..
mungkin melakukan kesalahan itu perkara biasa..
tetapi ia hanyalah sementara..
kerana aku akan cuba untuk berubah..
cuba untuk menjadi sahabat terbaik untukmu..
sahabat dunia akhirat buatmu..
kerana aku sangat menyintaimu demi TUHANKU..
sahabat..satu lagi yang perlu kau tahu sahabat..
aku cemburu pada dirimu..
aku cemburu melihat cinta mu pada TUHAN yang satu..
kenapa aku tidak begitu ya sahabat..
aku cemburu..!
aku benar-benar cemburu..
tetapi aku tahu, aku mampu jadi sepertimu..
malah lebih baik dari itu..
insyaALLAH..

sahabat.. dengan kehadiran kau disisi..
aku lebih kuat..
aku menjadi lebih gagah..
aku kini melihat segala yang dicipta, 
dengan rasa syukur tak terhingga..
aku berjuang atas nama cinta kepada-NYA..
dan dalam perjalanan ini.. kau genggam erat tanganku..
kau bisik kata semangat ke telingaku..
dan kau sentiasa tersenyum kepadaku..
itulah yang aku mahu..
selama kau ada disisiku..
sahabat.. jika aku pergi dulu sebelum mu..
jangan lah kau bersedih hati..
mungkin ini ujian buat kamu dan aku..
kerana ALLAH sudah berjanji, dia tidak akan menguji kecuali kau mampu lalui..
sahabat.. kalau aku pergi dulu..
jangan tangisi aku..
malah aku merayu padamu..
kuatkan lah semangatmu..
dan doakan lah kebahagian aku disana kelak..
insyaALLAH..
tetapi sahabat..
jika kau yang pergi dulu.. maafkan aku..
aku tidak rasa aku mampu melaluinya..
tidak ku mampu berjalan di jalan yang penuh pancaroba ini tanpamu..
tetapi aku akan berjanji.. 
aku akan mendalami hati ini.. 
akan ku robek jantung ini..
supaya menerima suratan takdir ILAHI..
dan aku berjanji sahabat, doaku akan sentiasa mengiringi pemergianmu..
supaya kau sentiasa tersenyum di sisi-NYA..
insyaALLAH..~~
ikhlas drpd TeNgKU HaRiS khas untuk KARIB2 aku :D

Friday, 6 January 2012

WaKena Beb !!!

               CIKGU SHAFIQ_AKIZZ
                                                                                                            DAFI
                 DuRinG KArOk
                                                              RaKaN2


Salam.. ini merupakan 3rd post aku..trima kasih kp mereka yg masih lg sudi membaca n jd stalker yg setia untuk aku..hahha... ini merupakan 1st day aku sbnrnye ada blog ni n dah 3 post yg aku buat,.sbnrnye mcm ni, aku rasa bila dah post something, msti  nk post lg n x kisah lah berkaitan ape pun yg penting secara dasar nye adalah POST. berbalik kpd ape yg aku nk ckp kn ni iaitu 'WaKeNabEb', cerita dye mcm ni, aku igt lg ada satu tragedi yg menimpa diri aku dimana aku dimarah n dihentam giler2 mase meeting MPD, tp x igt tarikhnya bila.. ini semua adalah idea giler sape tah yg penting YDP aku pun turut serta.. aku dikatakan x mnjalankn tugas seperti ape yg telah dijnjikn oleh aku sndri, aku sbnrnye mmg berasa pelik sbnrnye.. ape yg aku dah wat??? ishhhh2 x adil btool kottt !!!! pas tu TENGKU NAZA merangkap pemantau aku pun join sekaki mrah aku berkaitan surat tajaan..dye ckp aku terlalu sgt bergantung kat dye....heyyyyyyyyyyyyyy, bila mase aku brgntung dgn sesiapa??.. dye ckp 'kalo ari ni kak ain ada bole la akk tlong, tp kalo akk xde??' huuhu (xbole bla)... tp aku just terima je la semua teguran yg dilemparkn ke atas diri aku ni..walaupun aku redha je time 2 tp pd masa yg sama hati aku membuak2 mengatakn untuk resign n lepaskn je jawatn tu drpd terus menerus di marah sedemikian rupa.. muka aku time tu x bole nk dikata mcm mne la, hanya mereka yg ada kat situ je time tu yg tahu situasi sebenar..huhu^^.. tp ada dua ayt yg aku x bole lupa smpai skarang,,, 1stly ayt YDP aku, dye ckp 'wat pe nk simpan org mcm ni kalo x memberi ape2 impak dalam MPD tekun'...mungkin adalah ayt keramat yg akn aku igt smpai bila2, mkn dalam beb ^^... 2nd ayt plak drpd rakan exco aku sndri iaitu CIKGU ASYRAF, dye ckp 'kalo hang kuaq, aku pun nk kuar'...time tu aku rasa, eh btol ke dye ni,.. tp mmg btol la nmpk keikhlasan drpd mata dye apabila mengungkap ayt tersebut... terbaikkk lah cikgu...wa tabik sama lu..^^ then, nk dijadikn cerita during kne marah tu tbe2 black out.. time tu hati aku mula rasa lega sbb aku tau ini adalah surprise yg cuba dilakukn oleh rakan2 aku sndri untuk aku n LAKSAMANA DAFI iaitu amin... untuk pngtahuan korg la kn, sbnrnye bfday aku dah lama lepas kot...siyes dah lama...tp entah lah x taw knape aku pun dilibatkn sama...tp xpela, aku enjoy sgt2 time tu, aku rasa dihargai wehhhhh...HAHAHAHAH... special thnks to kak ain, kak anis, amin, cikgu asyraf, AMIR SELATAN, serta yg lain2....x mmpu nk sebut semua..thnks lg skali... kenangn yg x mungkin dpt aku lupakan... SaLAm :D ikhlas drpd TEnGkU HAris :P

Thursday, 5 January 2012

InSan BerNaMa KaRiB

                          FAIZ_UMIE_RADHI

Salam... ini merupakan 2nd post aku... n aku nk ckp pasal karib2 aku yg korg mungkin biasa pggl kawan,rakan or what so ever la..sbb  post yg sebelum ni aku dah jnji kn nk mention nama karib2 aku..sesungguhnya kawan x mungkin bole jd shbt/karib aku tp shbt/karib bole je jd kawan aku...knape plak cm tu ek? sbb, shbt/karib ni dye lebih memahami diri aku jika dibandingkan dgn kawan.. org tu adalah AMIRUL FAIZ BIN KHAIRUL n UMIE ZULAIKHA EDROS.. aku rasa dyeorg je yg fham aku wat masa ni...segala masalah aku citer kat dyeorg la, n akal dyeorg pun giler2 gak..kalo dalam kuliah x duk sama2 mmg x sah, rasa kehilangan plak...cehhhh bajett jekk...haaaaa aku nk citer psal karib2 aku ni... sorg ni arjuna kacak bergaya (faiz) n lg sorg mawar putih berduri (umie)..faiz ni mula2 aku x knal pun dye mse time orientasi, dah lama2 bru la knal, dye ni mmg cerewet giler. ada 1 hari tu, washing machine rosak pun dye nk post kat Fb, tension gilerr aku dgn dye.. tp aku sedia mmbntu, nama pun karib..tp yg baiknya pasal dye, dye sggup nk pnjmkn aku duit time aku tgh terdesak giler time itu.. tp faiz, seriously aku x berani nk pnjm duit org dalam jumlah yg byk, mmg prinsip hidup aku cm tu.. ko sndri nmpk kn, even pnjm rm10 pun, aku mesti rasa gelisah giler sbb takot x bole nk byr n takot terlupa nk byr..hehe...btw thnks bro :D.....haaaa psal umie plak, aku rasa aku 1st jumpa dye kat dlm dewan kuliah n aku duk bhgian atas.. dye mcm biasa la duk dgn geng2 dye sbb mse tu x knal aku lg.. dye ni mmg kecoh la org nye..kalo ketawa mmg x reti nk cover, dye jenis ALL OUT.. termasuk dalam exam..huhu^^ dye ni mmg pndai la, top student plak tu kat skolah dye.. aku mmg tabik spring la dgn dye walaupun aku x bole nk ikut cara dye blajar.. dye jugak selalu je cite kat aku n faiz pasal BF dye UZAIR i'm sorry/ansori...huhu.. tp aku just dgr je la n bg nasihat..the most important thing is, lately aku faiz n umie dah smakin rapat la n kiteorg pun jd KARIB seperti yg telah kami bincangkan..haha.. friends 4ever... wehhh siyesly aku syg korg weh :( gdluck :D korglah INsAn BerNama KarIB dalam hidup aku :D

DuniA BarU Aku

Assalamualaikum semua...sebelum tu nk kenalkn diri dulu la... nama diberi MUHAMAD RADI BIN DZULKAFLI, umo 19, currently blajar kat USM.. sebenarnya baru je buat blog ni yg diberi nama "TenGku HAris SelAmaNya" huhu^^... so, faham2 lah yer kalo nmpk mcm ada yg x kene jer dgn blog ni..haaa, nk citer ni psal dunia baru aku. Ini semua psal stdy kat USM ni lah.. semenjak stdy kat sni, life aku totally different... u know why, bcoz semua kne buat sndri la,. survive sndri, ape pun semua sndri.. jika di compare kn time kat mtrik dulu, kat sana lg ok kot...tp since aku dah jumpa kawan2 karib aku kat sini, aku dah rasa happy la...sriously dyeorg mmg faham giler aku....akal pun giler2 gak...sama gak la dgn aku..HAHAHA...perlu ke aku mention nama karib2 aku tu?????? rasanya blum masanya lg...huhu..mgkin kne tggu post yg akn dtg ok?.. ari ni dah 6/1/2012, n dah nk abis sem 1 dah pun.... n skang adalah minggu final exam.... aku x berani nk ckp lebih2, just hrapkn yg terbaik jer untuk exam ni... wish me luck kawan2 :D